Emas 99.50% atau lebih dikenali oleh peniaga-peniaga emas sebagai emas tarik; telah lama dikenali atau digunapakai oleh peniaga-peniaga emas tempatan. Kaedah jual beli emas 99.50% adalah terhad dikalangan peniaga dan kilang-kilang emas sahaja.
Keseluruhan kilang-kilang emas di Malaysia menggunakan 99.50% untuk membuata emas 91.60%, 83.55%, dan 58.5%. Kilang-kilang lebih suka menggunakan emas 99.50% untuk membuat barang-barang kemas tersebutkerana emas 99.50% adalah lebih murah dari emas import seperti emas Pamp S.A, Emirates gold dan lain-lain.
Dari Mana Datang Emas 99.50% atau Emas Tarik.
Dari Mana Datang Emas 99.50% atau Emas Tarik.
Emas 99.50% atau emas tarik ini datangnya dari hasil kutipan dan pembelian balik emas-emas terpakai di seluruh negeri. Emas-emas terpakai ini diproses, diperbaiki(refined) dan dinaiktaraf(upgrade) semula mutunya sehingga ia menjadi mutu 99.50% atau emas tarik, kemudian emas-emas ini dijual kepada peniaga-peniaga emas borong atau terus kepada kilang-kilang emas.
Kesimpulannya emas 99.50% ataupun emas tarik adalah dating dari pengguna dan dijual balik kepada pengguna dengan harga mengikut pasaran tempatan. Dari pengguna kepada pengguna, maka dengan itu syarikat Perniagaan Emas Murni(PEM) tidak akan menjual balik kepada umum dengan harga pasaran emas import seperti yang berlaku sekarang dimana hampir keseluruhan kilang-kilang pembuatan barangan kemas menggunakan emas 99.50% ataupun emas tarik untuk membuat barang-barang kemas 91.6% atau barang-barang kemas permata, kemudian menjual semula emas-emas ini dengan harga berdasarkan emas import.
Merujuk kepada perkara diatas, PEM telah mengambil keputusan untuk menjual emas 99.50% atau emas tarik dengan harga pasaran tempatan, yang mana jauh lebuh rendah berbanding dengan harga emas import. Ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang rendah dan pada harga borong. Pihak PEM telah menamakan produk emas 99.50% ini dengan nama “EMAS RAKYAT”. “DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT”.
Pihak Syarikat Perniagaan Emas Murni(PEM) telah mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mewujudkan satu platform perniagaan emas untuk umum. PEM menjual kepingan emas rakyat ini dengan harga lebih rendah berbanding dengan harga emas import. Perbezaan yang dikenakan antara harga jual dan harga beli adalah RM2.50 dan ini adalah yang terendah dikalangan platform-platform perniagaan emas, baik di dalam Negara atau di luar Negara.
FAKTA
Emas adalah satu-satunya logam yang mendapat tempat yang tinggi di hati manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu sehingga masa kini. Kegunaan emas telah bermula sejak zaman purba dan seterusnya ke zaman firaun. Pada masa itu orang-orang yang hebat sahaja mampu memiliki emas. Memiliki emas adalah satu kehebatan dan keutuhan peribadi seseorang pada masa itu. Penggunaan emas telah berubah dari zaman ke zaman dan sekarang penggunaan emas telah meliputu lima fakta :-
- Ø Untuk perhiasan
- Ø Status
- Ø Penyimpanan asset
- Ø Jaminan
- Ø Sumber kegunaan dalam Industri
Asset dan jaminan adalah dua perkara yang berkait rapat untuk menjana pendapatan yang lumayan. Pendekatan yang paling mudah adalah membeli emas pada masa yang rendah dan jual pada masa yang tinggi.
Sekarang emas telah diniagakan di dalam bentuk elektronik indek dan komuniti yang mana pergerakan harga turun naik sangat ketara dalam masa yang singkat. Perniagaan Emas Murni(PEM) telah mengambil peluang ini dan mewujudkan satu platform perniagaan yang terjamin dean selamat serta halal disisi agama. Dalam masa yang sama anda akan menjana satu pendapatan yang lumayan. Ini adalah satu perniagaan yang paling adil dan fleksibel.
Kami telah menetapkan harga jual dan harga beli dengan perbezaan yang paling rendah. Dalam kiraan peratus, perbezaan harga jual dan beli hanyalah 2.01% sahaja. Untuk pengetahuan anda, ini adalah satu-satunya perniagaan emas yang mempunyai perbezaan yang paling rendah, yang pernah ada.
Sebagai contoh :-
HARI ALI MEMBELI EMAS
Tarikh : 1/10
Harga Jualan PEM : RM 112.00 per gram
Harga Belian PEM : RM 110.00 per gram
Ali beli 100 gram emas PEM : RM 11,000.00
HARI ALI MENJUAL EMAS
Tarikh : 2/11
Harga Jualan PEM : RM 114.00 per gram
Harga Belian PEM : RM 112.00 per gram
Ali jual 100 gram emas PEM : RM 11,400.00
KEUNTUNGAN YANG ALI DAPAT DARIPADA TARIKH 01/10 SEHINGGA 06/10 IALAH RM 800.00
PENJELASAN :-
ALI BELI (Harga PEM) | ALI JUAL (Harga PEM) | UNTUNG (RM) | ||||||||
Tarikh | Gram | Beli | Jual | Jumlah (RM) | Tarikh | Gram | Beli | Jual | Jumlah (RM) | |
01/10 | 100g | 110.00/g | 112.00/g | 11000.00 | 01/10 | 100g | 112.00/g | 114.00/g | 11400.00 | 400 |
05/10 | 100g | 114.00/g | 116.00/g | 11400.00 | 06/10 | 100g | 116.00/g | 118.00/g | 11800.00 | 400 |
PENJELASAN :-
Ali beli emas pada 01/10/09 dengan harga RM 110.00 adalah boleh diklasifikasikan sebagai harga borong dalam pasaran peniaga-peniaga tempatan. Ini adalah satu elemen kenapa anda mendapat harga yang murah apabila anda membeli emas. BELI RUNCIT DENGAN HARGA BORONG, JIMATKAN WANG ANDA.
Keuntungan yang ada dalam jadual diatas akan mengikut pergerakan graf harian. Harga emas akan sentiasa naik, lambat atau cepat.
BARANG-BARANG KEMAS EMAS RAKYAT UNTUK DI JUAL.
KAMI JUGA MENJUAL JONGKONG EMAS RAKYAT 20g,50g&100gram.
BARANG-BARANG KEMAS EMAS RAKYAT UNTUK DI JUAL.
KAMI JUGA MENJUAL JONGKONG EMAS RAKYAT 20g,50g&100gram.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/tny_au_en_usoz_2.gif)

